Alhamdulillah bangun pagi ni,selesai Subuh & Dhuha..teringin nak lepaskan gian untuk berblog.Anak-anak saya masih lena dibuai mimpi.Maklumla semalam tidur lambat sebab seronok bermain dengan abah mereka.
Dugaan & Cabaran
Since jadi Working At Home lebih kurang 2 bulan,macam-macam pengalaman yang saya lalui.Dah tentulah pengalaman membesarkan anak-anak sepenuhnya dengan tangan sendiri kan.
Best ke jadi surirumah?Tak bosan ke?Duduk kat rumah lagi letih dari bekerja..baik duduk kat ofis saja..hehe itu pendapat orang.Macam macam pendapat lagi yang biasa kita dengar.
Stress Melampau!!
Yes duduk dirumah bersama anak-anak,duduk 24jam dengan mereka setiap hari..pasti anda akan mengalami stress melampau.Tambahan pula bagi orang yang sudah biasa bekerja seperti saya.
Di tempat kerja,memang anda akan stress dengan bebanan kerja.Tapi sekurang-kurangnya anda ada masa untuk diri sendiri & rakan-rakan.
Bayangkan kat rumah,saya nak bisness online lagi..terpaksa tinggalkan kerja bila anak lapar atau anak nak kencing berak.Kalau mereka lapar..waktu tu jugak nak makan!!
Kita buat kerja dapur,mereka sepahkan ruang tamu.Kita kemas ruang tamu,mereka sepah dalam bilik pulak..oohh tidak!!!
ANAK ANUGERAH TERINDAH
Nikmat sebenarnya bila ada anak.Kalau tidak sunyi pulak rumahtangga.Saya cuba bersabar dengan kerenah anak-anak.Tapi sebagai manusia biasa,saya juga hilang sabar.Terpukul,tercubit,marah & jerit kat anak sampai 1 taman dengar adalah biasa bagi ibu-ibu macam saya.
Mungkin saya terlalu inginkan kesempurnaan dalam hidup.Saya nak rumah saya kemas & tersusun rapi 24jam.Bila suami balik kerja saya akan pastikan rumah kemas,dinner siap terhidang di meja,saya dan anak-anak kemas rapi siap mandi!
At last,saya tersangat letih dan saya STRESS!!!!
ALLAH UJI
Apa yang berlaku adalah ujian Allah.Saya tahu saya insan lemah & perlu bersabar.Bagaimana kita nak berbahagia dengan ujian ini?Saya banyak juga search di internet cara atasi stress ini dan saya juga ada cara saya sendiri yang memang berkesan..
CARA MENGATASI STRESS
Stress kita perlu atasi dengan bijak.Kenalpasti dulu punca stress,barulah senang kita merawat stress kita.Jika dibiarkan berlarutan,ianya mengundang bahaya dan akan merosakkan jiwa kita.
MENGINGATI ALLAH SWT
'Orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tentreram dengan mengingai Allah SWT.'(Ar-Rad28)
Kita sebagai hamba yang taat harus mengingati pencipta kita.
Salah satu cara dengan berzikir & beristighfar.InsyaAllah hati akan menjadi lebih tenang & lebih sabar.
MEMBACA AL-QURAN
Membaca al-Quran betul-betul memberi ketenangan jiwa.Walau sesibuk mana kita,cuba baca Al-quran sekali sehari.Kalau tidak sempat,masa drive pun boleh buka bacaan Al Quran dan kita sama-sama membacanya,Mudah kan!
Jika sentiasa membaca Al Quran,kita dapat membersihkan jiwa,rasa tenang dan lebih dekat dengan Allah.Biasanya saya akan baca waktu pagi sebelum anak bangun tidur.
BERDOA
.
Sentiasa berdoa agar diringankan bebab kita seharian..agar stress juga hilang.
حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ
Doa untuk hilangkan stressHasbunallahu Wa Nikmal Wakil Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Azzimual
'Cukuplah Allah untuk ( Menolong Kami,dan Dialah sebaik-baik pengurus Dan terserah kepadaNya segala urusan kami )'.Tidak ada keupayaan & kekuatan melainkan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar.
BIJAK URUSKAN MASA
Pengurusan masa sangatlah penting bagi ibu seperti saya.Jika usai solat Subuh saya tidur semula,pasti banyak kerja yang tertangguh.Boleh buat jadual setiap hari apa yang kita perlu lakukan.
Yer saya buat jadual untuk aktiviti setiap hari.Waktu pagi cepat-cepat selesaikan kerja rumah.Selepas sarapan,masa untuk jenguk Facebook,group Telegram & Whatsapp serta blog.
Tengahari terpaksa tinggalkan semua kerja online untuk tumpukan pada anak-anak pula.Masa itula biasanya stress saya berada pada tahap tinggi kerana kepenatan.
Tiada istilah bermalas-malasan dirumah dan saya juga jarang tidur siang.
BERHUBUNG DENGAN RAKAN-RAKAN & KELUARGA
Jika rasa sangat tertekan dan bermasalah,rajin-rajinlah hubungi rakan-rakan dan keluarga.Bukan ingin menceritakan aib sendiri tetapi bila kita berkongsi pendapat,InsyaAllah kita akan rasa lega dan gembira.
Bertukar tukar pendapat dengan rakan membuatkan minda kita lebih terbuka.
MELAKUKAN HOBI KEGEMARAN
Bila stress,saya memilih untuk keluar rumah.Bawa anak-anak ke taman permainan,makan-makan atau window shopping.Bila kita ambil angin diluar,boleh buatkan mood kita jadi lebih baik.
Sekali sekala,berehatlah sambil tarik nafas & bersandar.Bacalah buku buku kegemaran..Biasanya itu saya sempat buat seminggu sekali.Hasilnya,rasa tenang dan rileks.
2 BULAN LALU
Sebenarnya inilah yang saya alami 2 bulan lalu..Bulan pertama selepas berhenti kerja,huru hara hidup saya.Saya tak boleh sesuaikan diri antara tanggungjawab uruskan rumahtangga dan bisness online saya.Akibatnya saya stress tahap maksimum
Alhamdulillah setelah saya praktikkan apa yang saya kongsi di sini,sedikit demi sedikit hidup saya berubah menjadi lebih ceria.Semoga bermanfaat untuk anda semua.Sekian.Wassalam.
SAYA DOAKAN ANDA KAYA & BERJAYA DUNIA AKHIRAT.
FB:Adlina Ayna
Sudi sudilah menjadi rakan saya di facebook yer..
Whatsapp / Call : 018-4004080
ANDA BOLEH DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA
KISAH SEORANG ENGINEER YANG BERHENTI KERJA SETELAH MENJALANKAN BISNESS ONLINE.
SEKARANG INCOME BELIAU MENCECAH 5 & 6 ANGKA SEBULAN DENGAN HANYA BEKERJA DARI RUMAH.SEMOGA BERMANFAAT.