Tuesday, September 16, 2014

Akhirnya...aku berhenti kerja!!!!!!

As salamualaikum & selamat pagi semua.Sihat tak hari ni? Macam biasa,usai solat Subuh pagi tadi & bancuh secawan coffee,saya bersedia untuk menulis blog.Saya suka waktu ni,rasa idea datang mencurah curah & tiada gangguan.Anak anak pun belum bangun lagi.

Saja nak share dengan anda..Hari ni merupakan dalam sejarah dalam hidup sy.Last day saya sebagai seorang pekerja.Kalau nak tahu,saya bekerja di sebuah kilang semi conductor di Kulim iaitu Silterra (M) Sdn Bhd..Empat tahun lebih saya berkhidmat,dan hari ini saya ambil keputusan untuk BERHENTI KERJA..



Haa..inilah wajah wajah sahabat kesayangan saya..Kami macam nak naik ke bulan eh pakai macamni?Hehe inilah bunnysuit.Memang kami pakai macamni waktu bekerja..Best taw!! Group kami ni saya beri nama mak Dara..hehe..maklumla mak mak semua.walaupun mak,masih cun cun belaka ok.

Kami kerja shift,4hari kerja & 3hari cuti..3hari kerja,4hari cuti..Best kan.Tapi kami kerja shift la,12jam kerja.Anak anak terpaksala tinggalkan  pada pengasuh.Kalau kerja malam ,terpaksalah anak anak tidur dengan pengasuh.Mula mula kerja dulu sedih juga tinggalkan anak anak pada pengasuh waktu malam,tapi dah lama lama saya dah terbiasa dah.



Ni gambar masa dekat kilang,baru balik kerja..Semua ni rakan sekerja saya..KENAPA SAYA BERHENTI KERJA?? Dah lama saya pendamkan hasrat ni.Disebabkan perbelanjaan harian yang semakin meningkat hari ini,all wives perlu support kewangan suami kan.Selepas berkahwin,alhamdulillah kami dapat menimang cahayamata setahun kemudian.Genap setahun anak sulung kami,saya mengandung lagi.Kiranya setahun sekali lah saya pregnant.Hehe.Rezeki..

So bayangkan kewangan memang tak stabil dengan komitmen dan tanggungjawab yang banyak.Biasala,nak kena bayar bil bil & hutang hutang kan..saya rasa semua orang pun alami masalah ni.Biasalah kan..Mula mula masa masuk kerja 4 tahun lalu,selepas lahirkan anak sulung,saya cakap dalam hati setiap hari..' aku tak akan kerja lama kat sini '...

Kenapa saya cakap macamtu..WHY? Letih sebenarnya kerja saya tu,kena berdiri 12 jam dan angkat lot yang berat dalam 5kg ke 8kg..Tapi semua kerja pun letih kan.Tapi terlalu banyak undang undang yang perlu dipatuhi & sentiasa rushing.Maklumla kami ada waktu break dan tak boleh lebih waktu break tu.Semua company pun macam tu kan?? kalau tak nak terikat dengan pelbagai rules kerja..kena KERJA SENDIRI lah kan..

Masuk tahun ke 3 kerja,datang balik perasaan untuk resign.Tapi saya teruskan juga kerana sangat enjoy kerja dengan kawan kawan.Lihatlah wajah wajah kesayangan saya,memang kami happy sangat.Kalau kerja malam,kami suka masak masak dan bawa bekal ke kilang,makan sama sama.Memang happening!!


Masa ni birthday adik Syema..Sayang dia..macam adik sendiri

 nilah menu masak masak..saya akan meridui masakan kalian yang sedap sangat tuh...

Masa ni birhday hubby saya..kami kerja di company yang sama..so hari hari boleh dating..hehe



Ni jija,teman gossip saya.kalau dia tak datang kerja,sayalah orang yang paling boring.hehe


Ni adik syema,paling manja & comel skali.masa ni dia baru jer kawin.Sekarang dh pregnant dah.


Yang paling tengah tu myra,pun dah resign.Saya paling suka gambar ni,colourful sangat.Comel kan!!


Sambung balik cerita saya td..Masuk tahun ke 4 saya bekerja,saya mula menulis impian dan target saya untuk berhenti kerja.Saya tulis apa yang saya mahu dalam hidup ni,walaupun hanya benda kecil.Saya tampal dalam bilik tidur saya.Setiap hari saya tengok..


Inilah sebahagian dari 101 impian saya..dan saya lihat setiap hari di dinding bilik tidur.sorry tulis pun pakai tangan jer..hehhe

Bila saya dah tengok hari hari,itulah yang bermain di minda saya.Saya nak jadi Working At Home Mum,bekerja dari rumah sambil jaga anak anak dengan tangan sendiri.Semakin hari,impian saya makin kuat.Pantang ada kawan kawan yang resign,pasti saya akan private message dan bertanya ok ker bila dah berhenti kerja??

Saya tanya semua kawan kawan..Selang beberapa minggu,saya akan follow up lagi macam mana life mereka lepas resign.Banyak feedback yang saya dapat membuatkan saya buntu.Akhirnya bulan ramadhan hari tu,saya terfikir..Kenapa saya tak tanya Allah? Bulan baik yang banyak fadhilatnya,saya usaha setiap hari untuk istikharah selama 40hari berturut turut.Itu tekad saya.Saya menangis setiap hari mintak Allah tunjuk jalan,kerana ini adalah penentu masa depan saya.

Dan akhirnya,saya dapat jawapan yang terbaik untuk diri saya.Saya nekad..BERHENTI KERJA.Sampai ke hari saya hantar surat resign pun,saya masih istikharah..Allahuakbar,selepas itu saya rasa sangat sangat lega.Bagaikan lepas hutang sejuta..walaupun hutang keliling pinggang terpaksa saya tanggung selepas ini.InsyaAllah,saya akan terus berusaha untuk memajukan diri saya.Bukan jadi plain housewife yang hanya goyang kaki saja di rumah yer.

Perancangan Allah juga adalah yang terbaik.Dalam masa yang sama,suami saya mendapat tawaran ke tempat kerja yang baru.Alhamdulillah,rezeki suami.Itu antara asbab juga menguatkan lagi niat saya untuk berhenti kerja.Saya mahu tumpukan sepenuhnya pada anak anak dan bisness shaklee saya.Saya mahu jadi bos sendiri,bekerja untuk diri sendiri dan keluarga.Saya tidak mahu bekerja untuk orang lain dan mengkayakan orang lain.

MANUSIA MEMPUNYAI PILIHAN.SAYA AKAN LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK BERJAYA.Tidak ada kejayaan tanpa usaha & pengorbanan.Kejayaan itu adalah milik semua orang.Saya doakan sahabat sahabat saya & anda semua KAYA & BERJAYA.Berikan komitmen 100% dalam kerjaya anda serta tunjukkan prestasi yang baik.

Mohon maaf sahabat sahabat kesayangan saya.saya undur diri dari bekerja makan gaji.SOUL & PASSION saya tiada di sana.BERDOSA saya jika saya tidak ikhlas bekerja.Doakan kejayaan saya juga yer.Sayang anda semua..Wassalam..


Sudi sudilah jadi rakan facebook saya
Adlina ayna


No Tel : 0184004080


EBOOK INI SAYA BERI PERCUMA UNTUK ANDA

SILAKAN DOWNLOAD





2 comments:

  1. Thank you,Inspiring stories.
    Semoga Bertabah

    ReplyDelete
  2. salam kak, awal tahun depan saya baru start kerja di silterra. Nak tanya, pengalaman kerja di sana macam mana? Terima Kasih

    ReplyDelete