Tuesday, September 16, 2014

Akhirnya...aku berhenti kerja!!!!!!

As salamualaikum & selamat pagi semua.Sihat tak hari ni? Macam biasa,usai solat Subuh pagi tadi & bancuh secawan coffee,saya bersedia untuk menulis blog.Saya suka waktu ni,rasa idea datang mencurah curah & tiada gangguan.Anak anak pun belum bangun lagi.

Saja nak share dengan anda..Hari ni merupakan dalam sejarah dalam hidup sy.Last day saya sebagai seorang pekerja.Kalau nak tahu,saya bekerja di sebuah kilang semi conductor di Kulim iaitu Silterra (M) Sdn Bhd..Empat tahun lebih saya berkhidmat,dan hari ini saya ambil keputusan untuk BERHENTI KERJA..



Haa..inilah wajah wajah sahabat kesayangan saya..Kami macam nak naik ke bulan eh pakai macamni?Hehe inilah bunnysuit.Memang kami pakai macamni waktu bekerja..Best taw!! Group kami ni saya beri nama mak Dara..hehe..maklumla mak mak semua.walaupun mak,masih cun cun belaka ok.

Kami kerja shift,4hari kerja & 3hari cuti..3hari kerja,4hari cuti..Best kan.Tapi kami kerja shift la,12jam kerja.Anak anak terpaksala tinggalkan  pada pengasuh.Kalau kerja malam ,terpaksalah anak anak tidur dengan pengasuh.Mula mula kerja dulu sedih juga tinggalkan anak anak pada pengasuh waktu malam,tapi dah lama lama saya dah terbiasa dah.



Ni gambar masa dekat kilang,baru balik kerja..Semua ni rakan sekerja saya..KENAPA SAYA BERHENTI KERJA?? Dah lama saya pendamkan hasrat ni.Disebabkan perbelanjaan harian yang semakin meningkat hari ini,all wives perlu support kewangan suami kan.Selepas berkahwin,alhamdulillah kami dapat menimang cahayamata setahun kemudian.Genap setahun anak sulung kami,saya mengandung lagi.Kiranya setahun sekali lah saya pregnant.Hehe.Rezeki..

So bayangkan kewangan memang tak stabil dengan komitmen dan tanggungjawab yang banyak.Biasala,nak kena bayar bil bil & hutang hutang kan..saya rasa semua orang pun alami masalah ni.Biasalah kan..Mula mula masa masuk kerja 4 tahun lalu,selepas lahirkan anak sulung,saya cakap dalam hati setiap hari..' aku tak akan kerja lama kat sini '...

Kenapa saya cakap macamtu..WHY? Letih sebenarnya kerja saya tu,kena berdiri 12 jam dan angkat lot yang berat dalam 5kg ke 8kg..Tapi semua kerja pun letih kan.Tapi terlalu banyak undang undang yang perlu dipatuhi & sentiasa rushing.Maklumla kami ada waktu break dan tak boleh lebih waktu break tu.Semua company pun macam tu kan?? kalau tak nak terikat dengan pelbagai rules kerja..kena KERJA SENDIRI lah kan..

Masuk tahun ke 3 kerja,datang balik perasaan untuk resign.Tapi saya teruskan juga kerana sangat enjoy kerja dengan kawan kawan.Lihatlah wajah wajah kesayangan saya,memang kami happy sangat.Kalau kerja malam,kami suka masak masak dan bawa bekal ke kilang,makan sama sama.Memang happening!!


Masa ni birthday adik Syema..Sayang dia..macam adik sendiri

 nilah menu masak masak..saya akan meridui masakan kalian yang sedap sangat tuh...

Masa ni birhday hubby saya..kami kerja di company yang sama..so hari hari boleh dating..hehe



Ni jija,teman gossip saya.kalau dia tak datang kerja,sayalah orang yang paling boring.hehe


Ni adik syema,paling manja & comel skali.masa ni dia baru jer kawin.Sekarang dh pregnant dah.


Yang paling tengah tu myra,pun dah resign.Saya paling suka gambar ni,colourful sangat.Comel kan!!


Sambung balik cerita saya td..Masuk tahun ke 4 saya bekerja,saya mula menulis impian dan target saya untuk berhenti kerja.Saya tulis apa yang saya mahu dalam hidup ni,walaupun hanya benda kecil.Saya tampal dalam bilik tidur saya.Setiap hari saya tengok..


Inilah sebahagian dari 101 impian saya..dan saya lihat setiap hari di dinding bilik tidur.sorry tulis pun pakai tangan jer..hehhe

Bila saya dah tengok hari hari,itulah yang bermain di minda saya.Saya nak jadi Working At Home Mum,bekerja dari rumah sambil jaga anak anak dengan tangan sendiri.Semakin hari,impian saya makin kuat.Pantang ada kawan kawan yang resign,pasti saya akan private message dan bertanya ok ker bila dah berhenti kerja??

Saya tanya semua kawan kawan..Selang beberapa minggu,saya akan follow up lagi macam mana life mereka lepas resign.Banyak feedback yang saya dapat membuatkan saya buntu.Akhirnya bulan ramadhan hari tu,saya terfikir..Kenapa saya tak tanya Allah? Bulan baik yang banyak fadhilatnya,saya usaha setiap hari untuk istikharah selama 40hari berturut turut.Itu tekad saya.Saya menangis setiap hari mintak Allah tunjuk jalan,kerana ini adalah penentu masa depan saya.

Dan akhirnya,saya dapat jawapan yang terbaik untuk diri saya.Saya nekad..BERHENTI KERJA.Sampai ke hari saya hantar surat resign pun,saya masih istikharah..Allahuakbar,selepas itu saya rasa sangat sangat lega.Bagaikan lepas hutang sejuta..walaupun hutang keliling pinggang terpaksa saya tanggung selepas ini.InsyaAllah,saya akan terus berusaha untuk memajukan diri saya.Bukan jadi plain housewife yang hanya goyang kaki saja di rumah yer.

Perancangan Allah juga adalah yang terbaik.Dalam masa yang sama,suami saya mendapat tawaran ke tempat kerja yang baru.Alhamdulillah,rezeki suami.Itu antara asbab juga menguatkan lagi niat saya untuk berhenti kerja.Saya mahu tumpukan sepenuhnya pada anak anak dan bisness shaklee saya.Saya mahu jadi bos sendiri,bekerja untuk diri sendiri dan keluarga.Saya tidak mahu bekerja untuk orang lain dan mengkayakan orang lain.

MANUSIA MEMPUNYAI PILIHAN.SAYA AKAN LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK BERJAYA.Tidak ada kejayaan tanpa usaha & pengorbanan.Kejayaan itu adalah milik semua orang.Saya doakan sahabat sahabat saya & anda semua KAYA & BERJAYA.Berikan komitmen 100% dalam kerjaya anda serta tunjukkan prestasi yang baik.

Mohon maaf sahabat sahabat kesayangan saya.saya undur diri dari bekerja makan gaji.SOUL & PASSION saya tiada di sana.BERDOSA saya jika saya tidak ikhlas bekerja.Doakan kejayaan saya juga yer.Sayang anda semua..Wassalam..


Sudi sudilah jadi rakan facebook saya
Adlina ayna


No Tel : 0184004080


EBOOK INI SAYA BERI PERCUMA UNTUK ANDA

SILAKAN DOWNLOAD





Thursday, September 11, 2014

Cara Supermom Hilangkan Stress!!!

As salamualaikum & selamat pagi Jumaat yang barakah.Indahnya pagi ni.Saya sangat suka waktu pagi,masa matahari tengah naik tu.Rasa segar sangat sambil hirup secawan kopi kegemaran saya.Tapi kena pastikan rumah bersih dan kemasla kan..Kalau rumah bersepah,saya memang akan rasa serabut sangat.

Kenapa saya suka waktu pagi??Sebab rezeki tu masuk kalau kita berpagi pagi.Sebelum ni,saya dah biasa kerja shift malam,waktu pagi baru balik kerja & terus tidur.So saya tak sempat nak nikmati waktu pagi tu.Untuk semua mommies..bangun pagi pagi & siapkan kerja rumah sebelum anak anak bangun.Please..jangan malas yer.Jaga rumahtangga,jaga diri sendiri juga.

Ambil supplement jika rasa diri anda tidak bertenaga.
Macam saya,dah minum ESP Shaklee pagi ni.Tu yang energy lebih ni.Sebelum anak saya bangun & berebut laptop ni dengan saya untuk tengok Upin Ipin,saya kena cepat cepat siapkan entri ni.hahha..


sempat lagi snap 1 pic pagi Jumaat yang indah ni.


Sambil tunggu waktu dhuha..nak share sikit pasal cerita semalam.Takderla menarik sangat,just nak cerita keseronokan kami.Semalam sahabat saya,saya panggil dia 'Mekni'..ajak saya & anak anak keluar.Maklumla kami ibu ibu ni agak bosan kat rumah kan.Dalam duk bincang lokasi mana nak pergi,kami pun pilih untuk ke Jusco Alma.Jusco ni baru jer dibuka dan tak jauh mana dari rumah kami yang dekat Kulim ni.Tepat pukul 12,Mekni datang ambil saya & anak anak.Lepas tu kami ambil Kak Liza & anak anak pulak.Bayangkan,3 orang Supermom & 6 superkids..memang huru hara!!



ok..selfie dulu yer..haha..mula mula mekni yang drive.tapi bila raysha dah nangis2,saya lah yang drive pulak.Let's go Jusco!!!


Sampai saja kat sana,kena isi perut dulu.Maklumla belum lunch lagi..kami pun beli pizza & roti.So makan dululah dekat foodcourt di situ.Foodcourt dia best,ada tempat makan kanak kanak.Selesa sangat untuk mommies macam kami yang huru hara ni..hahaha


 Mommies selfie lagi..obses selfie! anak anak entah mana da ni.Alhamdulillah kami dah kenyang,so lepas ni bawa superkids ke tempat permainan pulak.


Baby raysa & faiz.Anak mekni & kak liza..Dua dua ni sebaya,6months.


Supermom yang comel.Makin bam bam pulak saya tengok diri sendiri.hehe.Ni mintak tolong staff sini tolong ambil gambar.Staff kat sini sangatla friendly & sukakan our superkids!

Inilah anak anak saya.Yang sulung Hayfa & yang kecil Alisya.Sangatlah excited dapat datang bermain kat sini dengan kawan kawan.Duduk kat rumah bosan katanya.Saya panggil mereka anak anak Mealshake.Sejak amalkan Mealshake,antibodi anak anak saya makin kuat.Dah jarang demam.alhamdulillah.



Ni raysha anak mekni.Punyalah seronok budak kecik ni..



Ni rayyan,anak sulung mekni.Rayyan baru balik sekolah,tapi tetap bertenaga lagi bila dapat bermain.


Ni pulak danial,anak sulung kak liza.


Seronok rayyan bermain


Sambil layan anak anak..mommies bergosiplah..hehe.kami saling bertukar cerita tentang life masing masing


uishh..saya pun sibukla duk ambil gambar anak anak.kak liza masih breastfeeding..yer susu ibu paling bagus di dunia.All mommies,boleh cuba set menyusu shaklee yer untuk susu badan meriah.


baby faiz..sangatlah comel dan baik.Minum susu ibu sepenuhnya.Good Boy!


Hanna alisya..anak bongsu saya.Budak cakap 
banyak ni..hehe


Hayfa Safiyya..anak sulung saya..dia lah yang suka cakap bosan bila kat rumah


Teringin baby boy ke saya ni? Takper lepas ni saya ambil set kesuburan shaklee yer..hehe


Bila dah habis bermain..masa untuk makan lagi!! kami pilih KFC sebab senang nak pergi beli.Kami dah letih & lapar layan kerenah anak anak.Keadaan lagi lah huru hara masa makan ni.Takper..mommies dah biasa,Sampai senget benget lah tudung i..haha


Dah kenyang..kami kena pulang dulu.Superdad dah tunggu kat rumah.

Ni saja yang dapat saya kongsikan untuk entri kali ni.Mommies kalo rasa bosan atau stress kat rumah,bolehla melawat sahabat kita.Pelbagai aktiviti boleh dikongsi bersama.Kalau duduk kat rumah,buat pelbagai kerja rumah,jaga anak anak,masak,lipat kain baju & macam macam kerja lagi..off course mommies akan STRESS..LIFE IS ALL ABOUT CHOICES.

.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Lakukan segala kerja dengan sepenuh hati.Perbanyakkan baca buku buku motivasi,InsyaAllah anda akan seronok dengan segala tugas yang dipikul.Don't be just a plain housewife..isikan minda & jiwa dengan segala ilmu rohani.Dah masa untuk Dhuha,JOM kita...


ANDA KAYA & BERJAYA


E BOOK YANG BANYAK MEMBERI MOTIVASI UNTUK SAYA
SAYA BERI PERCUMA UNTUK ANDA SEMUA




BOLEH ADD SAYA DI FB YER

https://www.facebook.com/adlina.ayna


SAHABAT SHAKLEE ANDA

AYNA

CALL/WHATSAPP
0199522099

SID : 1083943